Ekonomi

Petronas tegaskan operasinya di perairan Sarawak sah

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan sekali lagi bahawa ia beroperasi secara sah di perairan Sarawak.

Presiden Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengulangi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri  Anwar Ibrahim mengenai hak Petronas untuk menjalankan penerokaan dalam perairan berdaulat negara.

Tengku Taufik menegaskan sepanjang suku tersebut, firma minyak negara itu mematuhi arahan kerajaan dan pengawasan Majlis Keselamatan Negara.

Kami telah menjalankan tugas dengan selamat dan mengikut takrifan wilayah seperti yang digariskan dalam peta 1979,

 katanya.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Mohd Jukris Abdul Wahab pula berkata syarikat itu kekal fokus kepada aktiviti huluannya di rantau ini.

Unjuran kami untuk lima tahun akan datang adalah menumpukan perhatian kepada pembangunan penemuan yang dibuat sejak dua tahun lalu,katanya.

Dalam laporan baru-baru ini, China menuntut Malaysia menghentikan serta-merta semua aktiviti di kawasan yang kaya dengan minyak di kawasan luar Sarawak.

Tuntutan ini dibuat dalam satu nota bantahan yang dihantar ke kedutaan Malaysia di China minggu lalu tetapi dibocorkan kepada media Filipina.

Bercakap dari Rusia semasa lawatan rasmi hari ini, Anwar menjelaskan bahawa aktiviti penerokaan negara berada dalam wilayah Malaysia dan tidak bertujuan untuk mencetuskan provokasi atau memusuhi China, yang mana Malaysia masih mengekalkan hubungan persahabatan.

Perdana Menteri menjelaskan Malaysia akan meneruskan penerokaan minyak dan gasnya di Laut China Selatan walaupun terdapat tuntutan China.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button