Luar Negara

Petani terkejut kambingnya lahirkan anak berwajah manusia

SEORANG petani di India terkejut selepas seekor daripada kambingnya melahirkan anak luar biasa yang berwajah ‘manusia’.

Kelahiran anak kambing berwajah ‘manusia’ itu dikatakan mengejutkan penduduk tempatan di kampung Gangapur di Dholai Vidhan Sabha di timur laut negeri Assam, India.

Ia ditemui selepas seekor kambing milik shankar Das, 46, melahirkan anak.

Penduduk tempatan terkejut kerana mereka mengesahkan ia menyerupai wajah bayi manusia.

“Jiran-jiran bergegas ke rumah kami dan semua orang terkejut dengan penampilannya yang menyerupai bayi manusia,” kata Shankar.

Jelasnya, anak kambing itu hidup ketika dilahirkan tetapi malangnya meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Anak kambing itu dipercayai mati akibat penampilan luar biasa yang menunjukkan ia belum berkembang sepenuhnya.

Penduduk tempatan mengatakan di India, kelahiran haiwan yang cacat dianggap sebagai petanda buruk atau nasib malang dan juga dianggap sebagai amaran yang dikatakan adalah tanda daripada tuhan. – SM

(Visited 9,434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button