Hiburan

Walaupun gimik lagu, peminat restu hubungan Amira dan Fattah

PENYANYI Amira Othman yang sepi dari kontroversi kali ini berani mengambil risiko menggunakan selebriti Fattah Amin sebagai tempat tumpang populariti artis tersebut demi lancarkan single terbarunya.

Menurut laporan Kosmo, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, kali ini dia mengambil cabaran dengan menggunakan gimik sebagai strategi mempromosikan karya terbarunya.

“Dahulu orang selalu tanya saya kenapa saya tak ada kontroversi? Jadi, saya ambil risiko dengan melakukan gimik bersama Fattah.

“Jika saya tak ambil risiko ini, maka saya akan berada di takuk yang sama. Mungkin saya takkan keluar dari zon selesa.

“Saya sedar mungkin ramai yang suka atau tidak suka dengan gimik ini. Saya harap ia tidak melukakan hati peminat dan penyokong saya,” katanya.

Penyanyi lagu Hati-Hati itu juga mengakui sudah bersedia untuk menerima kritikan akibat tindakan tersebut.

“Sebelum lakukan gimik ini, saya sudah fikir segala kemungkinan. Pihak label juga ada beritahu tentang risiko yang akan dihadapi.

“Insya-Allah, saya sudah bersedia untuk menerima segala kritikan. Saya harap mental saya okey untuk mendepani segala kecaman.

“Sewaktu berada dalam Akademi Fantasia dulu pun macam-macam kritikan saya terima,” jelasnya lagi.

Selain itu, Amira juga tidak menafikan menumpang populariti Fattah yang kini semakin dikenali selepas bergelar duda pada Oktober tahun lalu.

“Rasanya sesiapa pun yang bekerja dengan Fattah pasti menumpang popularitinya. Saya berterima kasih kepada Fattah dan pihak pengurusan kerana sudi bekerjasama.

“Saya akan kenang jasa ini. Saya harap gimik yang dilakukan ini tidak keterlaluan,” katanya lagi.

Gimik ini, meskipun mengundang pelbagai reaksi, jelas menunjukkan keberanian Amira dalam mencuba sesuatu yang baharu untuk terus relevan dalam industri hiburan. Sama ada ia akan memberi kesan positif atau sebaliknya, ia pasti menjadi perbualan hangat peminat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button