Nasional

Peserta Program Yayasan PETRONAS empowerNCER Akademik Raih Kejayaan Cemerlang SPM 2022

Peranan dan inisiatif menjayakan program Yayasan PETRONAS empowerNCER Akademik anjuran Yayasan PETRONAS, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur(IUKL) menjadi penyumbang kepada kejayaan cemerlang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang mengikuti program berkenaan.

Pengarah program yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin berkata UPSI menyantuni pelajar cemerlang SPM 2022 yang meliputi tujuh buah daerah iaitu Muallim, Hilir Perak, Kampar, Kintar , Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Batang Padang.

UPSI dan IUKL dilantik oleh pihak NCIA sebagai Penyedia Perkhidmatan Program Yayasan PETRONAS empowerNCER Akademik di Perak mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Perak (JPN) bagi membantu sekolah-sekolah luar bandar yang rata-rata pelajarnya datang daripada keluarga B40.

Sira menerima sumbangan NCIA dan Yayasan PETRONAS yang disampaikan oleh Pengetua, Muhammad Rujhna Adnan.

Sehubungan itu sempena pengumuman keputusan SPM 2022, IUKL akan menyampaikan sumbangan wang tunai RM200 kepada pelajar dari beberapa sekolah terpilih yang mengikuti program Yayasan PETRONAS empowerNCER Akademik.

Selain itu, UPSI juga akan meraikan pelajar cemerlang SPM 2022 di majlis apresiasi yang diadakan di Ipoh, Perak.

Bagi pelajar cemerlang, Nur Iman Natasha Asrul dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River yang meraih keputusan 9A bersyukur dengan kejayaan yang menjadi hadiah buat kedua ibu bapanya.

“Sejujurnya kejayaan saya hari ini adalah hasil daripada pelbagai ujian dan halangan yang saya hadapi semasa pandemik Covid-19, malah kurangnya interaksi sosial dan pergerakan menghimpit emosi terutama sekali semasa sesi Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang turut menuntut kecekalan dan kesabaran.

Dia bersama rakan memperolehi pelbagai inisiatif yang di berikan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan seperti kemudahan peranti iaitu ‘tablet’ yang dilengkapi dengan modul sebagai wadah untuk mengulang kaji pelajaran.

Namun bagi Sira Suhairi, murid orang asli dari Sekolah Menengah Bawong, Sungai Siput sangat gembira apabila memperolehi keputusan cemerlang 5A sekali gus membuktikan bahawa lahir dari keluarga yang kurang berkemampuan juga mampu untuk berjaya.

“Saya hadiahkan kejayaan ini buat kedua ibu bapa saya, guru-guru, rakan-rakan serta pihak pengurusan program Yayasan Petronas, dan empowerNCER Akademik yang memilih saya mengikuti program ini,” katanya.

Ee Si Ying menerima sumbangan yang disampaikan oleh Timbalan Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, IUKL, Ts Dr Norul Wahida Kamaruzaman.

Katanya, program pengayaan diri ‘Ways of Winnings’ selama tiga hari dua malam di bawah program Yayasan PETRONAS empowerNCER Akademik di UPSI juga membantu saya untuk lebih yakin dan percaya terhadap keputusan yang saya buat untuk diri sendiri,” katanya.

Ee Si Ying dari Sekolah Menengah Pantai Remis, Perak yang memperolehi 10 A dan menerima sumbangan daripada IUKL berkata kesan mengikuti program Yayasan PETRONAS empowerNCER Akademik tahun lalu sangat membantu untuknya memperbaiki segala kelemahan dalam pembelajaran sebelum ini.

Nur Iman Natasha dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River memegang replika RM200 yang diterimanya.

“Saya berpeluang untuk berinteraksi dengan guru semasa sesi kelas tambahan dan bengkel teknik menjawab soalan yang dijalankan,” katanya.

Sepasang kawan karib pelajar, Beh Jin Hoong Bersama Chua Ong Yao Zong yang meraih 9A turut menerima insentif dari UIKL menganggap program berbentuk akademik, dan migrasi minda itu menyedarkan mereka untuk menjadi anak yang harus membanggakan ibu bapa sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik.

Baca juga : UPSI, GONG STUDIO, jalin kerjasama mantapkan TVET

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button