Politik

Menang dahulu baru lantik wakil UMNO dalam exco

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, tiada masalah untuk DAP melantik wakil UMNO sebagai Exco kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi parti itu perlu terlebih dahulu menang kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau berkata, sekiranya tiada wakil UMNO yang menang dalam PRN nanti kerajaan negeri tidak mempunyai undang-undang untuk melantik Exco baharu yang bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Ia tertakluk kepada keputusan, jika tiada orang atau wakil UMNO menang, mereka tidak dapat berada dalam barisan exco sebab kita tidak ada undang-undang untuk melantik ahli baharu tanpa menang dalam pilihan raya negeri.

“Ini hakikat politik, UMNO perlu menang,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan dasar Presiden pada PAU 2023, hari ini.

Chow berkata demikian selepas Program The Stem Talent Development Initiatives By Persatuan Alumni Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Confucian di Pulau Pinang.

Chow mengulas kata-kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) di World Trade Centre, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian di hadapan perwakilan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang buat pertama kalinya, hadir pada PAU.

Dalam ucapan dasarnya, Zahid memaklumkan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) supaya melantik wakil UMNO sebagai exco kerajaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh gabungan itu selepas PRN akan datang.

Zahid berkata, UMNO akan mempertahankan penguasaan PH di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan walaupun tiada wakil UMNO dalam barisan exco kerajaan negeri di ketiga-tiga negeri itu meskipun bersama dalam kerajaan perpaduan.

Chow berkata, tiada masalah bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melantik wakil UMNO sebagai Exco negeri kerana ia selari dengan permuafakatan yang dicapai untuk menubuhkan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Jadi permuafakatan dan kerjasama ini akan diteruskan menjelang PRN dalam keenam-enam negeri ini dan ia tertakluk kepada keputusan (PRN).

“Maka apa yang dinyatakan oleh Presiden UMNO merupakan satu kenyataan yang menggambarkan senario politik terkini yang membawa parti-parti dalam satu gabungan baharu,” katanya. – SM

BACA PRN: Kon Yeow dedahkan PH & UMNO Pulau Pinang bersatu, ‘tidak bercakaran’

BACA Bubar DUN Pulau Pinang akhir Jun-KM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button