Auto TravelNasional

Pesawat Pengintip Ujian Israel Rentas Ruang Udara Putrajaya Dan Matikan Radarnya!

Rasanya belum banyak media arus perdana mainkan isu ini kecuali portal berita indiependent berkenaan pesawat pengintip ujian Israel rentas ruang udara Putrajaya.

Pesawat tersebut dari jenis Boeing 737-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta tiba di utara Selat Melaka pada pukul 6 pagi waktu Malaysia, 20 Mei.

Seterusnya, melalui ruang udara Kuala Lumpur pada ketinggian 28,975 kaki 17 minit kemudian dan isyarat 4X-AOO kemudiannya hilang daripada Flightradar24 setelah memasuki kawasan luar pesisir Melaka pada pukul 11.30 pagi.

Berdasarkan rekod awal, pesawat pengintip prototaip Israel tersebut dilaporkan menjalankan penerbangan ujian di Singapura dan terbang pada ketinggian 19,000 kaki di ruang udara pulau itu sebelum mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Related Articles

Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik. Ianya direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan mairitim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button