Nasional

Siap sedia tempah AstraZeneca 12 tengah hari ini – KP Kesihatan

MULAI pukul 12 tengah hari ini, rakyat diingatkan bersiap sedia untuk menempah vaksin AstraZeneca, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KP KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Drt. Noor Hisham berkata, sebanyak sejuta slot boleh ditempah bagi fasa dua permohonan suntikan vaksin AstraZeneca itu.

“Peringatan untuk mereka yang mahu mendapatkan vaksin, bersiap sedia pada pukul 12 tengah hari ini, 26 Mei 2021. Sejuta slot tersedia untuk ditempah,” catat beliau.

Semalam, di berita perdana jam 8 malam, KP KKM itu mengingatkan rakyat Malaysia akan kedatangan gelombang paling buruk Covid-19.

Katanya, bersedialah menghadapi gelombang paling buruk dan sejak 1 April lalu, sudah ada lonjakan menegak pandemik Covid-19. – SM


(Visited 34 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button