Pesan Mi Tarik tapi sampai B*B*
KISAH dikongsi oleh pengguna Facebook (FB) Izham Nayan mendapat perhatian dari warganet apabila penghantar makanan (p-hailing) tersilap hantar makanan di rumah kawannya itu.
Menurut Izham, pada awalnya dia membuat pesanan Mi Tarik tetapi lain pula yang sampai.
‘’Salah hantar makanan (mengandungi daging panggang) babi ke rumah kawan saya. Anak-anak dia dah termakan, asal pesan mee tarik.
‘’Ibu tengah uruskan kelas dalam talian, anak kecil pula tengah lapar… Ayah pesankan untuk anak dekat rumah.
“Anak terima dan makan saja. Resit biasa tampal kat luar tapi yang ini resit kat sebelah bawah sekali dalam plastik, keluarkan semua baru jumpa resitnya,” tulisnya.
Rata-rata warganet ramai yang tidak berpuas hati dengan restoran tersebut dan juga perkhidmatan penghantar makanan tersebut.
Artikle Berkaitan :>
Grab Malaysia nafi kurangkan tambang untuk penunggang penghantaran