Pesakit Covid-19 dipukul sampai mati kerana berdoa
SEORANG pesakit Covid-19 berusia 82 tahun dipukul sampai mati oleh seorang lagi pesakit yang marah kerana warga emas itu berdoa dalam bilik hospital yang mereka kongsi.
Tertuduh, Jesse Maartinez, 37, ditahan dan didakwa kerana mendera dan membunuh warga emas itu dalam kejadian di Hospital Antelope Valley, Lancaster di California.
Martinez dan mangsa tidak mengenali antara satu sama lain dan mereka berkongsi bilik ketika dimasukkan ke hospital kerana ada kaitan dengan Covid-19.
Apabila rakan sebiliknya itu mula berdoa, Martinez naik angin dan memukulnya dengan tangki oksigen.
Warga emas itu yang belum dikenal pasti meninggal dunia pada pagi berikutnya ekoran kecederaan itu.
Martinez ditahan dengan jaminan AS$1 juta pada hari Khamis, dengan tarikh mahkamah dijadualkan pada hari Isnin.
Hospital-haospital California kini dipenuhi dengan pesakit Covid-19 dengan unit rawatan intensif di seluruh California Selatan dan Lembah San Joaquin, di sebelah utara penuh dengan pesakit tersebut.
Daerah Los Angeles, tempat pembunuhan itu berlaku, mempunyai jumlah kes Covid-19 dan kematian yang berkaitan degannya tertinggi berdasarkan angka yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University School of Medicine.
Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti meminta para penduduk untuk tidak melakukan perjalanan pada waktu cuti dan memakai topeng untuk mencegah penyebaran virus bagi mengelakkan hospital terbeban. – Huff Post