Nasional

Perutusan Khas: Muhyiddin kekal Perdana Menteri, PN kerajaan

PERUTUSAN Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Berikut adalah antara petikan ucapan Muhyiddin yang terdahulu, bersama dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Muhyiddin berkata: Satu usul undi percaya akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada September. Melalui cara ini kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah dapat ditentukan mengikut lunas dan Perlembagaan.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka (KDYMM) Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini.

Sementara itu jemaah menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Program vaksinasi tidak terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual. Bantuan diumumkan oleh kerajaan akan diterima rakyat tanpa sebarang halangan.

Saya menyeru penjawat awam dan frontliners tabah teruskan tugas tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh.

Saya sedar ada desakan campuri urusan mahkamah beberapa individu yang didakwa atas dakwaan jenayah.

Saya dituduh menderhaka. Memelihara negara, memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan institusi raja berperlembagaan.

Saya tidak akan membelakangkan prinsip dan sumpah taat setia kepada raja dan negara dan memelihara, melindungi Perlembagaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button