PolitikSukan

Peruntukan RM13 juta untuk pembangunan e sukan

PERSEPSI negatif ibu bapa terhadap e sukan atau e sports berubah apabila anak-muda di Bera, Pahang lebih tertarik untuk melibatkan diri dengan sukan tersebut.

Anak-anak muda Bera yang kaki game atau gamers seronok dengan aktiviti e sukan kerana dari sini mereka juga boleh menjana pendapatan

Lebih menyeronokkan lagi hidup anak-anak muda di Bera apabila mereka dapat mewakili negeri dan sekali gus, negara ke pertandingan e sukan yang diadakan di peringkat antarabangsa.

Penyertaan anak-anak muda Bera dalam e sukan mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri.

Tanpa merasa kekok sebaliknya lancar sahaja sebutan Ismail Sabri, Team Haq Esports Club yang menyertai juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) My musim Ke-10 dapat menempatkan team tersebut pada kedudukan keempat dunia.

Kata Ismail Sabri, pasukan yang sama itu akan mewakili negara di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 tahun depan di Jakarta, Indonesia.

Melihatkan e sukan berkembang tidak hairanlah Bajet 2023 memperuntukkan RM13 juta untuk pembangunan e sukan.

“Industri e sukan kita lihat di peringkat dunia sedang giat berkembang dan dijangka mampu menjana pendapatan sehingga RM7.55 bilion tahun 2024.

“Sehubungan itu kerajaan komited untuk membangunkan e sukan negara dengan Bajet 2023 diperuntukkan RM13 juta,” katanya.

Ismail Sabri yang juga calon Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Sempena Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera, hari ini.

Beliau berkata, Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera menjadi acara tahunan selain platform kepada golongan belia dan pencari kerja meneroka peluang-peluang pekerjaan serta meningkatkan sosio-ekonomi mereka. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button