Luar Negara

Pertama kali pesawat Israel mendarat di Arab Saudi

SEBUAH pesawat peribadi dilapor telah mendarat di Riyadh, Arab Saudi buat pertama kalinya pada pagi Selasa lalu, lapor KAN news.

Menurut laporan The Jurusalem Post, berita tersebut menyusul selepas pesawat Emirati 737 Royal Jet berjaya mendarat di lapangan terbang Ben-Gurion Israel, petang Isnin lalu.

Difahamkan, perkara tersebut merupakan hubungan serantau yang terbaru antara Arab Saudi dan Israel sejak Israel membuat perjanjian hubungan baik antara empat negara Islam iaitu UAE, Bahrain, Maghribi dan Sudan.

Walaupun masih tiada penerbangan komersial antara Arab Saudi dan Israel kerana kedua-dua negara tidak berkongsi hubungan rasmi, penerbangan itu merupakan kemajuan besar dalam hubungan Saudi-Israel kerana kedua-dua negara akhirnya membuka ruang udara mereka antara satu sama lain sejak tahun lalu.

Sebelum pembukaan ruang udara Arab Saudi, pesawat Israel terpaksa mengikuti laluan panjang dan berliku untuk ke Mumbai bagi mengelak ruang udara Arab Saudi.

Selain itu, beberapa negara lain iaitu Afghanistan, Algeria, Bangladesh, Brunei, Iran, Iraq Kuwait, Lubnan, Libya, Malaysia, Maghribi, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Syria, Tunisia dan Oman masih melarang kemasukan pesawat Israel secara rasmi. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button