Nasional

Persundalan melalui Telegram: Mira Ozawa kena penjara dua bukan

WANITA berusia 27 tahun yang menggelar dirinya dengan nama Mira Ozawa dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi atas kesalahan mencari langganan bagi maksud persundalan menerusi aplikasi Telegram.

Siti Amiza Baharuddin, berasal dari Pulau Pinang yang hamil enam bulan, dikenakan hukuman itu selepas kekal mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Shahrul Rizal Majid.

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman bermula tarikh tangkapan iaitu 6 Jun.

Ibu tunggal itu pada minggu lalu mengaku bersalah melakukan kesalahan terbabit di sebuah unit kondominium di Bukit Mahkota Kajang pada pukul 4 petang, 6 Jun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada tarikh kejadian, pihak polis membuat serbuan di lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit tertuduh mendapati, ia digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menerusi media sosial.

Semasa prosiding, Siti Amiza mengaku insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan terkutuk di masa hadapan, kerana mahu memulakan kehidupan baharu.

“Saya mahu jaga anak (dalam kandungan) dan perlu menanggung ibu yang mempunyai penyakit Hepatitis B malah saya tidak boleh berada dalam keadaan tertekan,” katanya sebak.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button