Politik

Enam ahli Parlimen Bersatu kekal di blok pembangkang

DI SEBALIK kontroversi jawatan enam ahli Parlimen Bersatu gugur disebabkan sokongan kepada Perdana Menteri, namun kedudukan mereka ketika Dewan Rakyat bersidang hari ini kekal.

Keenam-enam mereka yang lucutkan keahlian Bersatu minggu lalu masih kekal di blok pembangkang.

Kerusi mereka di Parlimen masih dikekalkan di bahagian belakang blok E sejak pertukaran dan perubahan tempat duduk ahli Parlimen di Dewan Rakyat dikemas kini Parlimen, Mac lalu.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button