Ekonomi

Persidangan francais catat potensi pelaburan RM716 juta

Sejumlah RM716 juta potensi pelaburan perniagaan francais telah dicatat sempena Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2024 (FIM2024) kali ke-31 yang berlangsung pada 30 Mei hingga 1 Jun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata pencapaian ini merupakan hasil penawaran pakej  perniagaan daripada lebih 100 buah syarikat francais tempatan dan luar negara.

“FIM2024 kali ini disertai oleh 16 syarikat francais dari luar negara yang terdiri daripada Arab Saudi, Australia, China, Filipina, India, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, FIM2024 merupakan platform terbaik penggiat industri untuk mempromosikan pakej perniagaan francais dan mengembangkan perniagaan di dalam dan luar negara melalui hasil perbincangan strategik
dengan bakal francaisi dan pelabur yang hadir.

Bertemakan From Network to Net Worth in Franchising, FIM2024 memberi fokus bukan sahaja kepada perluasan perniagaan francais ke peringkat global malah pemantapan pengukuhan ekonomi di dalam negara.

FIM2024 juga telah berjaya menarik minat usahawan tempatan dan asing untuk menceburi bidang perniagaan francais sebagai cabang 26/2024 pertumbuhan ekonomi. Ini dibuktikan menerusi sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 30 ribu pengunjung dengan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) juga ingin memaklumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Konfederasi Francais Asia Pasifik (APFC) yang disertai oleh 22 negara asing dan Mesyuarat Tahunan Majlis Francais Dunia (WFC) bermula 27 hingga 29 Jun 2024. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button