Ekonomi

Perolehan Bintai Kinden naik 152 peratus

PETALING JAYA 26 OGOS – Pakar perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) Bintai Kinden Corporation Berhad (Bintai Kinden) mencatatkan peningkatan sebanyak 152 peratus dalam perolehan kepada RM30.88 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2022.

Ia merupakan peningkatan berbanding RM12.26 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya yang didorong terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada perniagaan kejuruteraan M&E.

Sementara itu keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM968 ribu untuk suku dalam tinjauan, iaitu 23 peratut lebih rendah daripada PAT sebanyak RM1.25 juta yang dicatatkan pada suku pertama 2022 apabila margin keuntungan kasar menurun kepada 16.45 peratus daripada 30 peratus selepas mengambil kira pelbagai pesanan daripada projek M&E yang telah siap.

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden Azri Azerai berkata pihaknya akan terus memanfaatkan pengkhususan kejuruteraan M&E terasnya untuk mencari peluang di Malaysia dan di seluruh rantau ini. Lonjakan dalam aktiviti ekonomi berikutan penutupan berselang-seli selama dua tahun sebelumnya akibat COVID-19 pasti akan memberi kesan limpahan yang positif.

“Melalui anak syarikat tidak langsung kami, Johnson Medical International Sdn Bhd, kami mempunyai niche sebagai penyedia penyelesaian siap pakai bagi infrastruktur penjagaan kesihatan kejuruteraan mudah alih, modular dan luar tapak yang kami ingin kembangkan dan di mana perkhidmatan kejuruteraan M&E kami juga boleh mendapat manfaat. Melalui anak syarikat milik 51% kami, Bintai Energy Sdn Bhd (“Bintai Energy”), kami telah sibuk meneroka peluang untuk mengedarkan bebibir dan produk paip lain yang berkaitan, serta yang terbaru ialah perjanjian kerjasama perniagaan dengan PT Raintech Indo Energi.” katanya di sini.

Bintai Kinden mengendalikan keseluruhan penginapan dalam kampus untuk Universiti Melaka sebagai sebahagian daripada konsesi 25 tahun daripada Kolej Teknologi Islam Melaka Berhad (KTIMB). Sehingga 31 Mac 2022, KTIMB berhutang kepada Bintai Kinden sejumlah RM30.18 juta daripada konsesi itu.

Bintai Energy juga baru-baru ini telah diberikan diberi lesen oleh Petroliam Nasional Berhad (“Petronas”) di bawah Kod Kategori Kerja dan Peralatan Standard, untuk syarikat membida projek minyak dan gas (“O&G”) yang berada di bawah Petronas. Buku pesanan Bintai Kinden meliputi M&E serta projek O&G berjumlah RM120.43 juta.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button