Ekonomi

Hasil Hektar REIT meningkat 14.2 peratus

Kuala Lumpur 26 Ogos – Pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), merekodkan hasil sebanyak RM29.37 juta, bagi suku kedua berakhir 30 Jun lalu, meningkat 14.2 peratus berbanding RM25.71 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Hasil yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh peningkatan pendapatan sewa dan tempat letak kereta serta penghunian hotel yang lebih tinggi.

Hektar REIT mencatatkan pendapatan bersih hartanah sebanyak RM13.70 juta, meningkat 34.3 peratus berbanding RM10.20 juta pada suku kedua 2021, manakala pendapatan bersih yang direalisasikan ialah RM6.57 juta, peningkatan yang ketara sebanyak 317.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd, Johari Shukri Jamil berkata, sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan mampan, pihaknya akan terus mengguna pakai pengurusan kewangan yang berhemat, inisiatif pengoptimuman kos dan meningkatkan kecekapan aset untuk membantu mengurangkan kesan peningkatan kadar faedah dan peningkatan kos inflasi.


Beliau menambah, Hektar REIT akn terus meningkatkan penglibatan kami dengan semua pihak berkepentingan, termasuk penyewa, untuk menawarkan mereka kadar sewa yang kompetitif untuk memudahkan pemulihan mereka.

“Pada masa yang sama, untuk pembeli dan pelanggan setia kami, kami terus berusaha untuk meningkatkan kemudahan sedia ada di pusat membeli-belah kami untuk memberikan pengalaman runcit yang hebat. Bagi pemegang unit yang dihargai, kami kekal komited untuk mengagihkan sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan bersih direalisasikan Hektar REIT bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.” Katanya di sini hari ini.

Pendapatan seunit meningkat dengan ketara sebanyak 311.8 peratus kepada 1.40 sen untuk suku kedua 2022 berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan prestasi kewangan bagi suku semasa, Hektar REIT telah mengisytiharkan pengagihan pendapatan interim sebanyak 2.70 sen seunit, berjumlah RM12.72 juta, akan dibayar pada 26 September 2022.

Prestasi Hektar REIT untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2022 menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 11.4 peratus kepada RM58.49 juta berbanding RM52.49 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pendapatan hartanah bersih sebanyak RM30.33 juta menunjukkan peningkatan sebanyak 24.8 peratus berbanding RM24.30 juta pada separuh pertama 2021, manakala pendapatan bersih yang direalisasikan meningkat sebanyak 151 peratus kepada RM20.32 juta berbanding RM8.10 juta yang dicatatkan pada separuh pertama 2021.

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button