MahkamahNasional

Permohonan semakan kes rasuah Bung Moktar dan Zizie Izette didengar 7 Sept

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 September depan untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Zizie Izette bagi menyemak keputusan mahkamah rendah yang memerintahkan mereka membela diri atas tuduhan rasuah dan bersubahat.

Memetik laporan FMT, Hakim Azhar Abdul Hamid yang menetapkan tarikh sebutan kes hari ini turut mengarahkan pihak pendakwaan dan peguam pasangan itu memfailkan hujahan mereka selewat-lewatnya 4 Ogos, bulan depan.

Minggu lalu, Mahkamah Rayuan mengarahkan permohonan semakan pasangan itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi dengan menyatakan ia tidak didengar oleh Mahkamah Tinggi tahun lepas kerana ditolak atas alasan teknikal.

Bung Moktar, bekas Pengerusi Felcra, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra Bhd untuk melabur RM150 juta dalam produk unit amanah Public Mutual, manakala isterinya, seorang aktres, Zizie didakwa bersubahat dengannya.

Mahkamah Sesyen pada September tahun lalu memerintahkan pasangan itu membela diri terhadap pertuduhan terbabit.

Selepas keputusan itu, Bung Moktar dan Zizie memfailkan usul memohon semakan terhadap perintah Mahkamah Sesyen oleh Mahkamah Tinggi.

Pasangan itu mendakwa hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan mereka menerima rasuah daripada dua ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar yang merupakan saksi utama pendakwaan dalam kes itu.

Bung dan Zizie diwakili peguam M Athimulan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How hadir mewakili pendakwaan. – SM

BACA Bung Moktar dan isteri, Zizie Izette diarah bela diri tuduhan rasuah Felcra

BACA Tangguh lagi kes perbicaraan Bung Moktar dan Zizie Izette

BACA Kes rasuah Bung Moktar- Zizie Izette ditangguh sementara tunggu rayuan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button