Politik

Permainan politik yang membosankan rakyat – Syed Saddiq

PERKEMBANGAN yang berlaku dalam politik negara ketika ini boleh dianggap sebagai permainan politik yang membosankan rakyat.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, situasi politik semasa negara langsung tidak membantu mana-mana parti untuk maju membangunkan negara.

Disebabkan permainan politik itu katanya, banyak potensi yang tersembunyi tidak dapat digilap.

“Rakyat Malaysia sudah bosan dengan iklim politik semasa. Itu tidak menolong mana-mana daripada kita untuk maju sebagai sebuah negara.

“Terdapat begitu banyak potensi tersembunyi yang mesti dibuka dan saya percaya politik semasa menghalang kita untuk melakukannya.

“Kita perlu melupakan perkara tersebut, kita memerlukan satu kumpulan pemimpin yang mampu memajukan negara bukannya pertunjukan satu lawan satu,” katanya dalam kenyataan.

Dalam hantaran di Facebooknya, Syed Saddiq turut memuat naik gambar pertemuannya dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan)  Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal.

Beliau memuji Shafie sebagai seorang ahli politik senior yang mengamalkan berbilang kaum dan juga perpaduan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button