Agama

Perlis mestilah benar-benar menjadikan masjid qudwah sebagai institusi yang berwibawa dalam membangunkan ummah – Raja Perlis

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis, dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menjunjung titah perintah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi memastikan masjid-masjid di seluruh negeri Perlis mestilah benar-benar menjadi qudwah sebagai institusi yang berwibawa dalam membangunkan ummah.

Tuanku Raja ketika bertitah merasmikan Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5 Jalan Kuala Perlis pada rabu lalu mahukan masjid-masjid di negeri ini diperkasakan agar dapat mensyiarkan kualiti pentadbiran yang cekap dan efisien. Lantaran itu, pelantikan Ahli Jawatankuasa dan pegawai masjid hebdaklah berasaskan kelayakan, profesional dan berintegriti serta kompeten dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada Malijah Jusoh, 83 tahun yang tinggal bersama keluarga di Ulu Pauh. Beliau merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ dan juga penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’.

Baginda kemudiannya turut berkenan singgah menyantuni Hamidah Yob, 73 tahun juga tinggal di Ulu Pauh bersama keluarga seramai empat orang anak dan kedua-duanya disumbangkan wang tunai, beras serta bekalan makanan mentah.

Menurut Tuanku Raja Muda, masjid di negeri ini hendaklah bersifat mesra jemaah baik secara pendekatan mahu pun prasarana. Para tetamu Allah yang hadir hendaklah sentiasa diutamakan dan diberikan layanan yang baik serta kemudahan yang selesa agar mereka dapat melaksanakan ibadah dengan penuh ketenteraman dan kedamaian.

Menyusuri kegemilangan institusi masjid sejak zaman Baginda Rasulullah SAW sehingga kini, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs menambah bahawa masjid pada zaman Rasulullah SAW adalah merupakan pusat kegiatan utama kaum muslimin selain cemerlang menjalankan fungsinya sebagai rumah ibadah bagi umat Islam. Pusat kegiatan tersebut adalah mencakupi aspek siasah pentadbiran, penerapan tarbiah, pembangunan iqtisad dan seumpamanya.

Baginda juga amat berharap agar agenda pengimarahan masjid di negeri ini seperti yang dititahkan oleh Tuanku Raja dapat disemarakkan sehingga ia menjadi tarikan bukan sahaja kepada masyarakat setempat malah daripada masyarakat di luar negeri ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button