PolitikUncategorized

Perlis masih tunggu Istana bubar DUN

MENTERI Besar, Datuk Seri Azlan Man masih belum dapat memaklumkan bila Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibubarkan.

Azlan menjelaskan, ini kerana beliau masih menunggu pekenan titah untuk menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Katanya, setakat ini semuanya bergantung kepada masa yang akan dititahkan oleh Raja Perlis

Azlan berkata, pembubaran DUN akan diumumkan setelah ia diperkenan oleh Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Beliau menjelaskan demikian ketika dihubungi berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini.

Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Azlan menyatakan jenteranya sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button