Nasional

Perkasa sokong tindakan kerajaan Malaysia kutuk pembakaran al-Quran oleh Rasmus Paludan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong tindakan kerajaan Malaysia dalam mengutuk pembakaran al-Quran oleh Rasmus Paludan ketika menyertai bantahan di hadapan kedutaan Turkey di Stockholm, Sweden baru-baru ini.

Ujar Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Malaysia, Azrol Mansor, tindakan Rasmus Paludan yang membakar al-Quran mengundang kekecewaan dan kemarahan umat Islam di dunia kerana tindakan itu jelas boleh mencetuskan suasana ketidak harmonian antara agama di dunia ini dan juga peningkatan Islamofobia yang drastik jika tidak di bendung.

“Perkasa dengan ini mengutuk sekeras kerasnya tindakan Rasmus Paludan yang cuba menyebarkan kebencian terhadap agama Islam dengan membakar al-Quran secara terbuka.

“Tindakan membakar Al-Quran bukan sahaja satu tindakan yang tidak bermoral tetapi juga satu mesej kebencian yang tidak dapat diterima sebagai ‘kebebasan bersuara’ oleh mana-mana masyarakat yang bertamadun,” katanya.

Azrol yang juga Azrol merupakan Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Perkasa Malaysia mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai respon kepada kerajaan Malaysia yang mengutuk tindakan Rasmus Paluden.

“Negara Sweden seharusnya diberikan peringatan yang keras untuk mengambil langkah dan tindakan yang sewajarnya terhadap Rasmus Paluden.

“Perkasa juga menggesa Kerajaan Malaysia untuk menilai semula hubungan diplomatik dengan Sweden sekiranya isu penghinaan terhadap agama Islam masih lagi berlaku tanpa ada sebarang tindakan oleh kerajaan Sweden,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button