Nasional

Perkukuh hubungan dua negara, Perdana Menteri tiba di Brunei bagi lawatan rasmi dua hari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sekitar 3.15 petang bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama para delegasi disambut Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah serta isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Turut mengiringi Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.

Dalam satu catatan di Facebook, Perdana Menteri dijadual untuk mengadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiahdi Istana Nurul Iman pada esok hari.

Perdana Menteri berharap menerusi lawatan tersebut, ia dapat perkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara di samping meneroka peluang kerjasama baharu.

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button