Mahkamah

Perjanjian saham terbatal, Yayasan Akal Budi dapat balik wang pelaburan – saksi

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

SEORANG ahli perniagaan, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf bersetuju di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pelaburan yang dibuat oleh Yayasan Akal Budi dalam syarikat Ri-Yaz Assets Sdn. Bhd., gagal namun wang pelaburan itu telah dipulangkan.

Abdul Rashid yang tampil sebagai saksi pendakwa ke-83 dalam kes prosiding perbicaraan yang membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut bersetuju bahawa Yayasan Akal Budi juga telah memperolehi semula wang pelaburan dan Yayasan Akal Budi tidak rugi walaupun urusan pelaburan dibatalkan.

Yayasan bayar pada Ri-Yaz  Assets RM 8,602,920.00 untuk membeli saham yang dipegang oleh Tan Sri Rashid Manaf.

Jumlah untuk pembelian saham menerusi dua keping cek yang dikeluarkan ialah RM8,602,920; jumlah yang dipulangkan kerana urusan membeli saham tidak jadi berjumlah RM 8,602,920 (RM 8,348,040 cek pertama dan RM 254,879.10 cek kedua).

Tan Sri Rashid Manaf turut memberitahu mahkamah bahawa dalam kes ini, urusan jual beli saham,  beliau memiliki saham 60 peratus.

Dalam pemeriksaan balas Peguam Haziq Dhiyauddin Razali, Abdul Rashid bersetuju bahawa Ri-Yaz tidak dapat memberi komitment dalam menyelesaikan hutang dan pembinaan hotel di Bali, Indonesia.

Justeru terdapat dua cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Peguam: Ri-Yaz buat pinjaman USD24 juta 800 ribu

Saksi: Benar
Peguam: Ada masalah hotel di Bali. Ri-Yaz tak dapat beri komitmen. Setuju? Ada dua cara penyelesaian iaitu sama ada  pertama, jual hotel di Bali. Kedua, orang beli saham.

Saksi: Setuju

Peguam: Sebab nak jual saham kerana pendapatan Ri-Yaz di Bali tidak mencukupi. Itu membuatkan pertemuan Datuk Nurul Hidayah dengan Datuk Seri Shahim Shah.

Saksi: Ya. Setuju

Peguam: Pembelian saham milik Tan Sri Rashid Manaf dilakukan menerusi transaksi tiga cek RM8 juta 348 ribu 040, bayar ansuran (installment) tertunggak. Bank kata, akan consider nak keluarkan nama Tan Sri. Itu request by the bank. Tan Sri tahu Lewis & Co pemegang amanah Yayasan Akal Budi?

Saksi: Tidak tahu..

Peguam: Boleh setuju dengan saya, ini adalah investment dari Yayasan Akal Budi.

Saksi: Itu saya tidak tahu. Lepas transaction fail bagi saya duit mula bagi adalah deposit. Datuk Shahim kata kena pulangkan balik duit tu kerana kononnya duit tu ialah duit yayasan. Itu dia beritahu saya.

Ketika ditanya oleh peguam adakah perbincangan di antara saksi dengan tertuduh (Ahmad Zahid) dan Nurul Hidayah menyentuh tentang pelaburan?

Saksi menafikan perbincangan menyentuh tentang pelaburan (investment).

“Masa saya dengan Datuk Zahid dia tidak beritahu saya. Tak, tak, tak. Bukan saya tak ingat,” kata saksi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Kata saksi lagi, “Nak kena bayar balik kena cari duit. Saya cakap pada Datuk Seri Shahim, kena bayar baliklah. Hotel kat Bali dah setahun tak bayar bank. Ada duit dan kumpul duit saya sendiri.”

Peguam: Ratio buat keuntungan rendah. Itu salah satu sebab kenapa agreement ini tidak diteruskan.

Saksi: Saya tak setuju. Nak beli share, bank kena release saya. Saya tak nak guarantee.

Peguam: Tahu atau tidak, Nurul Hidayah diletakkan sebagai monitor.

Saksi: Itu saya tak tahu. Sales and Purchase Agreement (S&P) antara saya dengan dia Nurul Hidayah.

Pemeriksaan balas disambung oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi.

Peguam: Daripada company-company yang pernah Tan Sri sertai..listed company..real estate..property.. investment..setuju dengan saya Tan Sri pernah terlibat dalam merger..take over..real state take over..dalam joint venture agreement. Adalah satu kebiasaan untuk saya acquire certain sahres dalam company Tan Sri untuk safe guard my investment. Setuju dengan saya?

Saksi: Ya.Setuju.

Peguam: Jadi kita apply example tu dalam kes hari ni. Segala intricate detail antara Datuk Nurul dan Datuk Shahim. Sama ada investment atau tidak munasabah itu dikatakan satu investment.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bangun membantah soalan pemeriksaan balas: Hypothetical. Mohon direkodkan.

Hakim: That one you can submit.

Peguam: Tan Sri nak keluar, Datuk Nurul Hidayah nak masuk, caranya transfer of shares. Sebab tak keluar, bank insisted Tan Sri remain as guarantor.

Saksi: Ya

Peguam: Cara Datuk Nurul Hidayah masuk, satu investment to save guard.

Saksi: Depa bayar 8 juta lebih. Fair. But 60 percent share remain with me.

Peguam: Ya sebab perjanjian terbatal. Base on your personel experience untuk seorang pelabur beli syer, itu satu kebiasaan dalam satu pelaburan.

Saksi: Ya. Setuju.

Pihak Timbalan Pendakwa Raya bangun untuk sambung soalan ke atas saksi.

TPR: Sales And Purchase Agreement (S&P) ada tak tulis Yayasan. S&P siapakah dinamakan sebagai pembeli syer?

Saksi: Nurul Hidayah Ahmad Zahid. Tak ada dinyatakan sebagai proksi.

Prosiding perbicaraan bersambung esok. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button