Nasional

Perhimpunan solidariti untuk Hamas akan berlangsung esok di Axiata Bukit Jalil

PERHIMPUNAN solidariti bersama rakyat Palestin yang akan berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Ahad ini adalah antara usaha untuk menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dan menyokong Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah mengadakan perbincangan mendalam dan mengeluarkan kenyataan tegas mengenai isu Palestin.

“Kita sudah berbincang dalam Kabinet, kita sudah membuat kenyataan tegas dan kita akan ada perhimpunan hari Ahad ini. Saya ingat ini sudah cukup untuk kita menyampaikan mesej,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil, dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 di Masjid Negara hari ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengumumkan bahawa perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin akan diadakan pada Ahad ini selepas solat Maghrib, dengan kehadiran Perdana Menteri.

Majlis bacaan Yasin, tahlil, dan doa selamat yang diadakan selepas solat Asar itu, dihadiri kira-kira 1,000 orang termasuk anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Majlis bacaan Yasin, tahlil, dan doa selamat yang berlangsung hampir sejam itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Selepas itu, Perdana Menteri meluangkan masa bersama jemaah sebelum berangkat pulang sekitar jam 6 petang.

Kreadit: Sinar Harian

Artikle Berkaitan :>

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button