Jenayah

Pereka grafik ‘troll’ Permaisuri Agong dibawa ke mahkamah

TINDAKAN pereka grafik Fahmi Reza menggunakan gambar Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada laman muzik Spotify dan memuatkan 100 buah lagu bertemakan dengki dan berkongsi di Facebook peribadinya mengundang padah.

Polis Diraja Malaysia akan membawa Fahmi ke Mahkamah Majistret hari ini bagi permohonan reman di bawah Seksyen 11 Kanuan Prosedur Jenayah bagi siastan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pereka grafik itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong.

“Suspek telah memuat naik satu hantaran dipautan Facebook yang mengandungi sekeping gambar Raja Permaisuri Agong berserta kenyataan berbunyi ‘This Is Dengki Ke? 100 dengki songs all in one playlist.

“Suspek turut memuat naik satu link di Spotify yang menyenaraikan lagu-lagu yang mengandungi perkataan ‘jealousy’ berserta gambar Raja Permaisuri Agong yang tertera perkataan ‘This Is Dengki Ke’,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semakan di Facebook pereka grafik itu mendapati beliau mula menyiarkan gambar Tunku Azizah bersama pautan ke Spotify berserta senarai lagu mengandungi tema dengki pada 21 April lalu.

Beliau juga menyiarkan gambar Raja Parmaisuri Agong dan pautan Spotify pada 22 April untuk mempertahankan tindakannya menghasilkan senarai lagu bertemakan dengki.

“Kenyataan media: Aku tak akan padamkan playlist “This Is #DengkiKe?” ini. Enjoy the playlist. Fuck censorship. #SatireIsNotACrime,” katanya pada hantaran itu.

Semalam Fahmi sekali lagi menyiarkan gambar Raja Permaisuri Agong dengan perkataan ‘This Is Dengki Ke?’ untuk menuar-uarkan bahawa senarai lagu yang dimuatkan dalam Spotify kini boleh didengar di Apple Music.

“Berita baik untuk Apple Music users! This Is Dengki Ke? is now streaming on Apple Music! #DengkiKe,” katanya.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button