Ekonomi
Perdana Menteri akan bentang RMK12 pada 27 Sept
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat pada 27 September ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata usaha penyediaan RMKe-12 juga kini hampir 100 peratus siap.
“Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memberi taklimat dan maklumat terkini kepada perdana menteri mengenai penyediaan RMKe-12 berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi berkenaan di sini, hari ini.