Rencana

Percepat PRU bukan langkah biasa

Sebagaimana yang di ketahui oleh semua pihak UMNO bersama Barisan Nasional telah mengumumkan untuk mempercepatkan PRU beberapa bulan awal daripada tarikh akhir pentadbiran yang di benarkan perlembagaan.

Maka timbulah beberapa isu seperti mahu menyelamatkan kluster mahkamah dan juga tidak prihatin tentang ancaman banjir yang di jangka berlaku.

Di dalam urusan mahkamah ketika Dato Seri Ismail Bin Sabri menjadi Perdana Menteri daripada UMNO pun kes yang melibatkan pemimpin kanan UMNO Dato Seri Najib Tun Abdul Razak berjalan tanpa ada campur tangan mana mana pihak dan sememangnya mahkamah kita masih terpelihara daripada sebarang campur tangan politik.

Bagi ramalan banjir pula kerajaan telah bersedia dengan memperuntukkan puluhan juta ringgit sebagai persediaan bagi menghadapi dan membantu mangsa banjir serta turut bersedia dengan menyiapkan beberapa projek tebatan banjir.

Ini menunjukan kerajaan tidak pernah memandang mudah akan ancaman bencana alam seperti banjir yang di ramalkan akan berlaku malah memang sentiasa berlaku di kawasan kawasan tertentu sepanjang tahun.

Kenapa UMNO menggesa PRU awal?
Pakar ekonomi dunia Jan Hatzius telah menjangka bahawa pada tahun 2023 negara Amerika Syarikat berkemungkinan besar akan mengalami kemelesetan sebanyak 35% dan ini sangat meresahkan.
Presiden Indonesia Jokowi pula di dalam beberapa kenyataan beberapa kali telah mengingatkan rakyatnya mengenai kemelesetan Ekonomi dunia yang besar bakal berlaku dan mereka perlu bersedia lebih awal.

Mantan ketua Bank Pusat USA Ben Bernanke pula memperingatkan bahawa kemungkinan besar berlakunya stagflasi ke atas ekonomi dunia.
The wells fargo invesment institut pula meramal kan dunia akan menghadapi kemelesetan global yang sangat besar pada tahun hadapan.

Negara negara lain di dalam dunia sedang bergelut dan bersiap siaga untuk menghadap krisis ekonomi getir yang di ramalkan berlaku pada tahun hadapan dan adakah ketika itu masa yang di fikirkan sesuai untuk rakyat kita bergelut dengan pilihan raya?

UMNO telah memikirkan perkara ini dengan lebih serius untuk menyelamatkan negara daripada sebarang kemungkinan besar ancaman ekonomi global.

Dengan ketidakstabilan pemimpin pemimpin pelbagai parti didalam Kerajaan pada ketika ini Yang dilihat sering menunding jari sesama sendiri serta saling serang menyerang untuk membenam lawan bukanlah suatu keadaan yang terbaik untuk Malaysia mengharungi ancaman kemeseletan ekonomi dunia.

Faktor faktor yang diberikan oleh parti parti lawan hanyalah helah untuk mereka lebih bersedia menghadapi PRU manakala umno lebih memikirkan sebuah kerajaan yang kukuh bagi mempertahankan negara dari serangan ekonomi global.

Kita masih ada masa persediaan awal bagi menghadapi ancaman besar ini dengan membentuk sebuah kerajaan mantap.

Beberapa negara lain sudah mengadakan pilihan raya lebih awal bagi menghadapi krisis ekonomi global ini.

Kita tidak boleh lagi membuang masa sehingga tiba detik kemelesetan berlaku barulah PRU hendak diadakan.Ini akan lebih memberikan risiko besar dan akan berhadapan dengan implikasi yang sangat teruk kepada Negara.
Kepada rakyat Malaysia,

Usahlah risau jika berlaku musim tengkujuh dan sebagainya kerana, kerajaan sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan peruntukan yang sudah memang tersedia.

Kepada Allah kita semua memohon perlindungan dan pertolongan untuk menyelamatkan Malaysia Tercinta.

Nor Halmey Bin Hamdah

Pelajar Pengajian PHD
PUSAT PENGAJIAN ANTARABANGSA
KOLEJ UNDANG UNDANG KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button