Perarakan Hari Wanita berjaya berlangsung dengan aman di Kuala Lumpur
Tiada angin, tiada ribu, dari jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka, perarakan Hari Wanita atau Womens March dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Menurut sumber seramai 30 anggota polis ditugaskan untuk memantau insiden itu dan daripada 300 peserta yang berhimpun, ada di antara mereka mengibarkan ‘bendera pelangi’.
Sepanjang perjalanan, mereka melaungkan perubahan kepada dasar dan undang-undang Malaysia. Antara tuntutan mereka ialah gaji yang sama dengan lelaki, pengakhiran perkahwinan kanak-kanak, dan perlindungan sosial untuk “semua jantina yang tertindas” – yang merupakan sebahagian daripada sembilan tuntutan mereka.
.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.