Sukan

Peranan Pegawai Pengiring Di Gelanggang Dipersoal, Mungkin Sedang Makan Sushi?

Sampai ke hari ini biar pun rakyat Malaysia sudah mulai akur bahawa kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli terpaksa ditarik balik kerana lewat masuk ke call room, peranan pegawai pengiring mula dipersoal.

Alasan sudah keluar awal namun tersangkut disebabkan kesesakan jalan raya sekali gus menjadi punca kelewatan hanya layak digunakan di Malaysia sahaja, bukan dalam sukan dunia seperti Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sudahlah Jepun amat mementingkan disiplin masa, janganlah sampai terbawa-bawa perangai ‘on the way’ ke sana. Cuba belajar untuk sampai di mana-mana lokasi satu jam lebih awal untuk elak sebarang konflik.

Sudahlah Sukan Olimpik Tokyo 2020 Malaysia agak kemarau emas, ini apabila melibatkan atlet paralimpik, pasti boleh dapat emas, pegawai pengiring pula yang bermasalah.

Cukup dan berhentilah bagi alasan sukar nak uruskan atlet paralimpik kerana kekurangan upaya mereka, ia sudah jadi tanggungjawab kalian dan gaji yang dibayar bukan untuk bersantai-santai.

Kalau rasa susah sangat nak jadi pegawai pengiring, berhentilah ambil tugasan tersebut dan beri peluang kepada ‘tulang belakang’ yang lebih ada semangat patriotik.

Perangai pegawai pengiring yang gagal sebeginilah buatkan orang lain sedap-sedap nak tuduh yang bukan. Nampak tak kesan buruknya bagaimana? Belajarlah untuk jadi lebih baik demi Malaysia!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button