Penyerahan Tesla Model S Plaid ditunda ke 10 Jun – Musk
Tarikh penyerahan Model S Plaid oleh Tesla Inc. akan dianjak seminggu hingga 10 Jun, kata Elon Musk dalam satu tweet.
Kereta itu “memerlukan satu minggu lagi,” kata Musk dalam menjelaskan kelewatan itu.
Model S Plaid, merupakan kenderaan elektrik terpantas automatik setakat ini, upacara penyerahan model unit pertama model tersebut dijadualkan pada 4 Jun untuk pelanggan di kilangnya di Fremont, California.
Model S Plaid delivery pushed to June 10. Needs one more week of tweak.
This car feels like a spaceship. Words cannot describe the limbic resonance.
— Elon Musk (@elonmusk) May 29, 2021
Musk, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Space Exploration Technologies Corp, mengatakan kereta itu “terasa seperti kapal angkasa” dan bahawa “kata-kata tidak dapat menggambarkan emosi saya masa ini.” Dalam ciapan asalnya di Twitter, dia mengatakan Model S Plaid adalah kereta pengeluaran terpantas yang pernah dihasilkan oleh Tesla setakat ini dan ia mampu bergerak dari 0 hingga 60 batu sejam dalam tempoh kurang dari 2 saat. – SM