JenayahNasionalNegeri

Penyeludup simpan nombor kenderaan peribadi pegawai, pejabat KPDN Perlis

BIMBANG kegiatan haram diketahui, penyeludup minyak sanggup menyimpan senarai nombor kenderaan peribadi anggota dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis.

Senarai ini ditemui semasa serbuan bagi menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel dan petrol menerusi Ops Tiris di Setor Tanpa Nombor, Kampung Melayu, Padang Besar, Perlis.

Penguatkuasa KPDN memeriksa tong drum menyimpan petrol dan diesel untuk diseludup. – Gambar Ihsan Pejabat KPDN Perlis.

Pengarah KPDN negeri, Norazah Jaapar berkata,serbuan pertama oleh pasukannya pada pukul lebih kurang 7.30 pagi semalam (5 Jun) adalah hasil risikan dua minggu lalu.

Katanya, dalam serbuan itu pihaknya mendapati sebuah kenderaan pendaftaran asing sedang menyedut keluar disyaki minyak diesel dari tong drum masuk ke dalam tangki minyak kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah ditemui kira-kira 640 liter minyak diesel dan anggaran 300 liter minyak petrol,” katanya dalam kenyataan di sini.

Berikutan itu, katanya, minyak diesel, minyak petrol, tong drum, tong jerrican, pam eletrik sedut minyak beserta hos dan kenderaan nombor pendaftaran asing itu telah disita untuk siasatan lanjut.

“Nilai rampasan bagi serbuan pertama dianggarkan berjumlah RM53,451,00,” katanya.

Tambahnya, dua suspek lelaki iaitu warga tempatan berusia 20-an dan lelaki warga asing berusia 50-an telah ditahan bagi membantu siasatan.

Norazah berkata, pada serbuan berikutnya pada lokasi yang berhampiran pertama tadi pula telah ditemui sebuah kenderaan bernombor pendaftaran tempatan yang mempunyai tangki tambahan di dalam kenderaan tersebut.

Kenderaan yang dikesan sedang menyedut minyak dari tong drum. – Gambar Ihsan Pejabat KPDN Perlis.

“Hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan serbuan, sejumlah anggaran 300 liter disyaki minyak petrol ditemukan di dalam tangki tambahan kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, minyak petrol dan kenderaan tersebut disita bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan ini juga turut menemui sejumlah rekod senarai nombor pendaftaran kenderaan peribadi pegawai-pegawai dan kenderaan-kenderaan Pejabat KPDN Perlis di dalam kenderaan tersebut yang dipercayai digunakan untuk mengetahui pergerakan anggota Pejabat KPDN Perlis,” katanya.

Katanya, nilai rampasan dianggarkan RM5,615.00 dan tiada individu ditemui di lokasi kenderaan tersebut ditemui.

Norazah berkata, semua kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. – SM

BACA Cubaan seludup diesel bernilai RM16,000 ke Thailand dipatahkan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button