NasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis terima mengadap Panglima Briged 6 baharu

PEMANGKU Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap pengenalan Panglima Briged Ke-6 Infantri Malaysia yang baharu, Bregedier Jeneral Saipol Anuar Jaafar.

Majlis tersebut diadakan di Pejabat Komander Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menerima sembah mengadap Saipol Anuar (kiri) di Pejabat Komander Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri.

Hadir sama, Timbalan Komander rejimen berkenaan, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji.

Saipol Anuar telah memulakan tugas sebagai Panglima 6 Briged Ke-32 secara rasmi pada 9 Mei lalu.

Beliau bertukar masuk daripada Sekretariat Markas Angkatan Tentera Malaysia dan menggantikan Brigedier Jeneral Datuk Mohd Akib Yusof yang bersara setelah 40 tahun berbakti di dalam perkhidmatan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama Saipol Anuar (kiri) dan Lasahi di Pejabat Komander Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Komander menzahirkan harapan semoga semua hasrat dan matlamat Rejimen 504 Askar Wataniah tercapai dan menyeru agar semua lapisan pemerintahan berganding bahu dalam memacu kecemerlangan bagi melaksanakan segala tugas dan menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Tentera Darat Malaysia.

Pemangku Raja juga berharap agar lebih banyak penyertaan anak watan negeri Perlis yang sihat tubuh badan dan memenuhi keperluan minima Tentera Darat Malaysia supaya tampil untuk menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Lasahi pula mengalu-alukan anak watan Perlis yang berminat untuk hadir ke Kem Bukit Keteri dari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8 hingga 11 pagi dan 2 hingga 4 petang untuk mendaftarkan diri sebagai Angkatan Sukarela atau mendapatkan maklumat lanjut.

Pemohon hendaklah memiliki syarat kelayakan iaitu Warganegara Malaysia, Terbuka kepada lelaki dan wanita, Berumur 18 hingga 45 tahun, Sihat Tubuh Badan, Lulus Tapisan Keselamatan DKM dan
Kelulusan minima PMR atau PT3.

Tambah beliau, antara dokumen yang perlu dibawa bersama adalah 3 salinan kad pengenalan, 3 salinan surat beranak, 3 salinan sijil tertinggi akademik, 3 salinan sijil berhenti sekolah, 3 salinan kad pengenalan Ibu Bapa, Penjaga dan Pasangan, 3 salinan Sijil Nikah dan Sijil Kelahiran anak-anak (jika berkahwin), dan 3 keping gambar berukuran passport latar belakang biru, berkolar, sopan dan tanpa kaca mata. – SM

BACA Raja Muda berkenan terima mengadap Panglima Briged Ke 30 Infantri TDM baharu

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button