Nasional
Penyasaran subsidi RON95 tidak berbangkit – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak perlu membangkitkan isu penyasaran subsidi ke atas petrol RON95 tidak kerana pada ketika ini tumpuan kerajaan adalah kepada diesel.
Perdana Menteri berkata, pada masa ini kerajaan ingin terus memberi fokus mengenai penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.
“Tak berbangkit dan kita uruskan dengan diesel (dahulu), beri kefahaman betul, kadang-kadang dipusingkan.
“Dan saya beritahu, kalau masalah dengan diesel beritahu, tidak mahu beban rakyat. Tapi kalau tak buat, hasil tak bertambah, hutang tak bertambah,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.