Hiburan

Penyanyi Reedzwann terlibat dalam kemalangan, rakan wanita maut

PENYANYI, Reedzwann terlibat kemalangan jalan raya apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak.

Reedzwann terlibat kemalangan dari Jelutong ke Puchong

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir memaklukan yang Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni rakan dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

Difahamkan, penyanyi berusia 23 tahun itu berada dalam keadaan selamat namun rakannya, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, yang juga penumpang bahagian hadapan MPV jenis Nissan Serena meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati MPV terbabit cuba mengelak lori jenis Hino Rigid yang berada dihadapannya lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan terbabit.

Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan telah terpusing dan terbabas. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Reedzwann terlibat kemalangan pemandu bas serta kelindan turut alami kecederaan

Manakala, dua kelindan lori berusia 20 dan 27 tahun  pula mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut.

Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat manakala pemandu MPV dan pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menerusi Insta Story yang dikongsi Reedzwann, dia telah memohon agar orang ramai dapat menyedekahkan al-Fatihah kepada kenalannya.

Semoga allahyarham Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang disayangi Allah dan ahli keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button