Ekonomi

Penjual Shopee Catat Lonjakan Pertumbuhan Sempena Raya 2025

Raya bukan sekadar musim perayaan bagi penjual Shopee—ia adalah peluang jualan terbesar sepanjang tahun dan berkait rapat dengan aspirasi peribadi dan perniagaan mereka.

Menurut Kajian Trend Penjual Shopee Raya 2025, 9 dalam 10 penjual mengalami lonjakan jualan yang ketara dalam tempoh ini, dan hampir separuh menganggapnya sebagai musim yang paling menguntungkan.

Apabila ditanya, 60% penjual berkongsi bahawa motivasi utama mereka adalah untuk menjamin kestabilan kewangan keluarga, manakala 30% melihat musim Raya sebagai peluang penting untuk mengembangkan perniagaan untuk jangka masa panjang.

Baki penjual yang lain pula didorong oleh keinginan untuk menawarkan produk berkaitan Raya yang bermakna dan dapat menyerikan sambutan pelanggan.

Dalam merebut peluang musim Raya, para penjual telah menggunakan pelbagai alat dan ciri yang disediakan oleh Shopee secara strategik untuk menjangkau lebih ramai pelanggan dan meningkatkan penglibatan.

Setiap penjual aktif menggunakan ciri insentif pembeli seperti Shopee Ads, Shopee Coins dan baucar untuk memastikan lebih keterlihatan dalam kalangan pembeli untuk produk mereka.

Sementara itu, 8 dalam 10 penjual memanfaatkan ciri Shopee Live dan Shopee Video, yang memainkan peranan penting dalam merangsang lonjakan jualan.

Penjual mengiktiraf keberkesanan alat berasaskan kandungan ini untuk membina hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan serta meningkatkan keterlihatan jenama.

Program Shopee Affiliate turut membantu memperluaskan jangkauan melalui cadangan ahli affiliate dan pempengaruh yang dipercayai.

Shopee Live dan Shopee Video menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan pesat ramai penjual. Dengan menggunakan kedua-dua ciri ini, penjual dapat mencatat lonjakan ketara dalam prestasi jualan mereka.

Salah seorang daripada mereka ialah Mohd Naimran Nordin, pengasas Adnaa, yang menganggap Raya sebagai masa untuk meraikan tradisi dan keluarga melalui fesyen.

Diinspirasikan oleh isteri dan anak-anaknya, Naimran membangunkan Adnaa sebagai jenama yang terkenal dengan pakaian tradisional yang elegan dan mampu milik, sesuai untuk keluarga yang ingin bergaya pada musim perayaan.

“Ciri siaran kandungan Shopee menghidupkan rekaan kami dan membantu pelanggan melihat kualiti dan potongan pakaian secara langsung. Gabungan penstriman langsung, kandungan video pendek, dan pemasaran melalui ahli affiliate membolehkan kami menjangkau lebih ramai pembeli.

“Shopee Live membolehkan kami berinteraksi secara peribadi, Shopee Video menyerlahkan ketelitian rekaan kami, dan Shopee Affiliate membantu kami berkembang melalui cadangan yang dipercayai.

“Musim Raya ini, jualan kami meningkat lebih 170%—tetapi yang lebih penting, kami membantu keluarga tampil yakin dan bergaya ketika menyambut lebaran,” kata Naimran.

Shopee Live menjadi pemacu utama kejayaan Adnaa, selari dengan dapatan kajian yang menunjukkan 45% penjual menggunakannya untuk demonstrasi produk dan sesi soal jawab.

Melalui sesi penggayaan melalui penstriman langsung, Adnaa mencatat peningkatan jualan sebanyak 116%  yang membolehkan pelanggan bertanya soalan dan melihat produk dengan lebih dekat.

Shopee Video pula menyokong penceritaan jenama mereka, dengan menampilkan video di sebalik tabir dan sorotan koleksi yang membantu membina kepercayaan pelanggan.

Shopee Affiliate turut memainkan peranan penting dengan meningkatkan jualan sebanyak 227% hasil daripada sokongan rakan niaga dan pencipta kandungan yang memperkenalkan jenama kepada khalayak lebih luas.

Bagi Asikin Arifin dan Ahmad Faiq Shafiq, pengasas Asikin Ahmad — jenama yang dikenali dengan gabungan gaya tradisional dan kontemporari—musim ini bukan sekadar memenuhi pesanan, tetapi peluang utama untuk mengembangkan perniagaan.

Dengan pelancaran koleksi Raya yang dirancang secara strategik, mereka mencatat peningkatan jualan sebanyak 124% berbanding bulan sebelumnya sepanjang tempoh kempen. Untuk memaksimumkan capaian, mereka menggunakan strategi impak tinggi termasuk Shopee Live, Shopee Video dan program Shopee Affiliates bagi mengekalkan keterlihatan dan penglibatan pelanggan sepanjang musim perayaan.

“Raya adalah peluang keemasan kami untuk berkembang, dan alat perniagaan yang disediakan oleh Shopee membantu kami berhubung dengan lebih ramai pelanggan.

“Melalui sesi strim langsung, isi kandungan video yang menarik dan kerjasama bersama ahli affiliate, kami berjaya menjangkau lebih ramai penonton dan kekal dalam radar pelanggan sepanjang kempen,” kata Asikin.

Shopee terus komited dalam menyediakan alat dan sokongan perniagaan yang diperlukan oleh para penjual untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata, “Musim Raya ini, kami melihat penjual memanfaatkan alat digital untuk berhubung dengan pembeli secara lebih bermakna. Shopee Live, Shopee Video dan rangkaian Shopee Affiliate terus mengubah cara jenama berinteraksi dengan pelanggan dan membina kesetiaan.

“Namun, matlamat kami melebihi kejayaan bermusim—kami terus berinovasi untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang penjual melalui penyelesaian yang memperkasakan mereka untuk berkembang dengan yakin.”

Dengan e-dagang memainkan peranan yang semakin penting dalam ekonomi, Shopee komited untuk terus menambah baik platform, menawarkan program latihan penjual serta memperkenalkan alat siaran kandungan yang membantu perniagaan kekal relevan dan berdaya saing dalam landskap digital yang sentiasa berubah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button