Bola SepakSukan

Penjaga gol Terengganu FC tak mahu terlepas peluang AFC B-19

SELEPAS terlepas peluang ke pusingan kelayakan kejuaraan AFC B-19 di Phnom Penh, Kemboja, akibat kecederaan lutut musim lalu, penjaga gol Terengganu FC (TFC) Rahadiazli Rahalim berazam mahu merebut slot dalam skuad negara tahun ini.

Malah pengalaman beraksi bersama TFC di pentas Liga Super awal tahun ini disifatkan Rahadiazli sebagai satu kelebihan dan keyakinan, untuk beliau meletakkan diri dalam senarai akhir 23 pemain yang akan mewakili negara ke kejuaraan AFC B-19 2020 di Uzbekistan, yang bakal bermula Oktober nanti.

Walaupun bakal menerima saingan sengit daripada calon penjaga gol lain, beliau yang berusia 19 tahun yakin momentum positif yang dipamerkan ketika beraksi bersama TFC pada pembukaan Liga Super tahun ini dapat menarik minat ketua jurulatih Harimau Muda, Brad Maloney.

“Tahun lepas saya turut dipanggil ke kem latihan pusat, tetapi jurulatih (Maloney) terpaksa menggugurkan saya kerana mengalami kecederaan lutut, ketika perlawanan akhir Piala Belia.

“Saya bertekad mahu memperbaiki kelemahan yang ada dan merebut slot ke kejuaraan AFC B-19 itu nanti,” katanya ketika dihubungi.

Related Articles

Skuad Harimau Muda kendalian Maloney akan memulakan kempen di Uzbekistan menentang Tajikistan pada 16 Okt depan disusuli Qatar (19 Okt) dan Yaman (22 Okt). – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button