Nasional

Peniaga-peniaga pakaian Pasar Awam Bagan Serai ceria kembali berniaga

PARA peniaga kecil-kecilan yang menjual pakaian merasa lega kerana dibenarkan berniaga setelah lebih kurang tiga minggu duduk di rumah kerana mematuhi SOP Covid-19.

Seorang peniaga baju pakaian yang hanya mahu dikenali sebagai Fuazi berkata, sepanjang tiga minggu tidak berniaga, beliau menjadi buntu memikirkan tiada pendapatan masuk tetapi tetap sabar  berhadapan dengan satu dugaan dan kita semua kena redha.

“Semalam kerajaan membenarkan peniaga kembali beroperasi dan kami merasa lega sebab boleh sambung mencari rezeki. Bersyukur masih ada rezeki lagi tetapi kita jaga dan patuh SOP,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Norazilah Md Termizi berkata, cuti tiga minggu beliau teruskan dengan menjual buah-buahan dan dapat menampung perbelanjaan sebelum menjual semula pakaian hari ini.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan mendengar rintahan kami,” katanya. – SM

FOTO TEKS ABDUL MALIK ASLIE

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button