NasionalNegeri

Peniaga makanan “berlumba-lumba” mahu tawar Menu RAHMAH

KERAJAAN berpuas hati kerana peniaga makanan bagai “berlumba-lumba” untuk menawarkan Menu RAHMAH sekalipun baharu dua minggu dilancarkan di ibu kota.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia menular ke seluruh negara dengan begitu cepat sehingga pengusaha restoran, kedai, warung dan gerai telah menyatakan kesediaan masing-masing untuk menyahut seruan menyediakan Menu Rahmah.


Beliau berkata, Di Perlis saja setakat ini sembilan pengusaha makanan telah menyediakan menu Rahmah.

“Ia melibatkan Restoran Nur Kaseh, Kuala Perlis; Restoran Mat Rock Der, Pualu Ketam; Restoran Bekwoh, Kangar;
Restoran Ali Nasi Kandar, Simpang Empat; Gerai Jalanan Cik Ayu, Kangar;
Affa Bintong, Kangar;
Warung Nisafami, Kangar;
Riyas Corner, Arau dan
Sate Tembam Yusfiza, Kangar (Foodtruck),” katanya pada sidang media di Restoran Bekeoh di Kangar.

Menu RAHMAH merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan
yang kurang berkemampuan untuk membeli makanan/minuman bermasak pada harga RM5 sepinggan.

Sementara itu Salahuddin berkata, pihaknya akan melancarkan Cafe RAHMAH di 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selepas Hari Raya Aidil Fitri.

“Nampaknya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semalam telah mendahului IPTA lain apabila bersedia melaksanakannya,” katanya.

Katanya, begitu juga restoran makanan segera di mana ia dimulai dengan Burger King selain Mc Donald dan Marrybrown bakal memperkenalkan Menu RAHMAH.

Beliau menambah, Menu RAHMAH ini juga melalui platform direktori yang akan diwujudkan oleh Kerajaan agar rakyat boleh mendapatkan makanan ini di lokasi yang berhampiran dengan mereka.- SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button