Nasionalpilihan

Peniaga lega dapat bantuan YaPEIM

Tiada perasaan yang lebih menggembirakan buat sebuah keluarga dari Kampung Melayu Machap Jaya dekat sini selain dapat tinggal di rumah yang cukup selesa dan selamat.

Bagi seorang peniaga makanan Suhaila Jaafar, 37, berkata, dia melahirkan rasa syukur mendapat bantuan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebanyak RM20,000 bagi membaiki bahagian dapur yang sudah usang.

“Bahagian dapur kayu dinding sudah reput dan atap pula bocor manakala pendawaian eletrik tidak elok.

“Saya berdaftar dengan e-kasih dan mendapat perhatian apabila saya menghantar video atap bocor yang akhirnya saya mendapat perhatian.

“Walaupun saya berniaga tetapi ia cukup-cukup makan untuk menyara tiga orang anak lima hingga 12 tahun,” ujarnya kepada pemberita selepas Program Inspirasiku MyHaus
YaPEIM di Kampung Melayu Machap Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan YaPEIM, Parihah Hassan; Pengarah Pejabat Pembangunan Melaka, Megat Azlani Megat Ramli dan Pengurus YaPEIM Melaka dan Negeri Sembilan, Azharry Giman.

Suhaila berkata, dia melahirkan rasa syukur kerana tidak perlu bimbang untuk mencari wang membaiki bahagian dapur rumah berkenaan apabila ada pihak yang prihatin tampil membantu.

“Sebelum ini saya agak bimbang dengan keadaan rumah terutama bahagian dapur yang terlalu uzur namun tidak mampu untuk membaikinya kerana tidak cukup wang,” katanya.

Sementara itu Parihah berkata, YaPEIM memperuntukkan sejumlah RM120,000 di bawah Program MyHaus pada tahun ini.

Menurutnya, bantuan itu adalah untuk baik pulih rumah bernilai RM20,00 setiap satu dan pembinaan rumah baharu berjumlah RM80,000. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button