Rencah Hidup

Pengurus tengking pelatih, lebih 20 pekerja solidariti letak jawatan

LEBIH 20 pekerja sebuah syarikat teknologi maklumat meletakkan jawatan selepas mengetahui seorang pengurus menengking seorang pelatih yang ingin memohon cuti bagi menjaga kucingnya yang nazak.

Menurut laporan Kosmo, salah seorang pekerja yang terlibat telah berkongsi mengenai perkara tersebut di laman Reddit dan turut menyatakan kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang bekerja.

Pengurus tersebut dikatakan telah menengking pelatih itu dengan mengatakan hanya boleh mengambil cuti jika manusia yang sedang nazak.

Lelaki tersebut turut berkata, pengurus tersebut menengking sangat kuat sehingga ramai pekerja mendengar jeritan tersebut.

Tambahnya, perkara itu sepatutnya dibincangkan secara baik dan tertutup.

Menurut lelaki tersebut, dia juga sudah tidak tahan bekerja di syarikat tersebut kerana syarikat telah memotong gaji pekerja walaupun mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Beberapa pekerja telah merancang untuk berhenti kerja sehingga hujung tahun ini, tetapi insiden itu telah menyebabkan mereka hilang sabar untuk terus bertahan di syarikat itu.

Selepas beberapa pekerja menghantar surat berhenti, kira-kira 10 pekerja lain turut mahu berhenti.

“Lebih 20 pekerja kemudiannya menghantar email berhenti kerja yang kemudiannya disekat oleh pengurusan syarikat bagi mengelakkan lebih ramai lagi pekerja mengambil Tindakan serupa,” katanya.

Susulan insiden itu, pengurus tersebut dikenakan tindakan disiplin dan berdepan dengan risiko kehilangan kerja.

“Saya tidak berasa simpati kepadanya kerana dia seorang yang menjengkelkan. Namun, keluarganya akan susah kerana dia tidak mempunyai skil-skil pemasaran selain Power Point,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button