NasionalNegeriPolitik

Pengundi BN Sambut Baik Pembentangan RMK-12, Belanjawan 2022 Dan Keluarga Malaysia

Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam menjadi bukti pembentangan Rancangan Malaysia ke-12, Belanjawan 2022 dan kempen Keluarga Malaysia disambut baik.

Sekiranya ia tidak disambut baik, masakan BN berani meniupkan gelombang tsunami pengundi di Melaka sehingga ramai pengundi Melaka takut untuk pulang serta tidak berani keluar mengundi.

Maka dengan peratusan rendah yang keluar mengundi, BN berjaya mendapatkan kerusi dalam jumlah yang sangat banyak dan bersedia untuk melaksanakan misi-misi membantu rakyat.

Dengan pembentangan RMK-12, Belanjawan 2022 dan kempen Keluarga Malaysia, Melaka boleh dijadikan contoh bagaimana kesemua pelaksanaan ini dapat disempurnakan sehingga ke peringkat dasar.

Sekiranya Melaka berjaya kembali gemilang menerusi RMK-12, Belanjawan 2022 serta kempen Keluarga Malaysia ini, layaklah untuk Pakatan Harapan (PH) tidak mempersoalkan keupayaan BN dalam masa terdekat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button