Ekonomi
Pembukaan semula sempadan merancakkan sesi pagi Bursa Malaysia
BURSA MALAYSIA mencatatkan lonjakan semula pada pagi ini, Rabu (9 Mac) selepas kerugian tiga hari berturut-turut, dibangkitkan oleh sentimen positif berikutan pengumuman Malaysia membuka semula sempadan antarabangsanya mulai 1 April 2022.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FBM KLCI naik 4.80 mata kepada 1,551.67 daripada penutup Selasa pada 1,546.87.
Indeks Bellwether dibuka 3.45 mata lebih kukuh pada 1,550.32.
Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 249 berbanding 85, manakala 218 kaunter tidak berubah, 1,721 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 116.73 juta unit bernilai RM72.52 juta. – SM