Negeri

Penguat kuasa gagalkan tujuh cubaan cemar air di Selangor

Sebanyak tujuh insiden pencemaran yang boleh menyebabkan henti tugas loji rawatan air (LRA) negeri ini berjaya dihalang sepanjang Januari lalu.

EXCO alam sekitar berkata tiga kejadian melibatkan Sungai Gong, Rawang; dua di Sungai Semenyih, Kajang dan dua lagi di Sungai Chinchang, Sepang serta Sungai Kabul, Hulu Langat.

Hee Loy Sian memaklumkan kejadian antara 15 hingga 23 Januari bawah amaran kod kuning iaitu pencemaran berjaya dikesan dan ditangani tanpa operasi LRA dihentikan.

“Jadi kita harap tiada lagi gangguan air selepas ini. Sepanjang dua bulan, memang tiada henti tugas LRA, yang terakhir pada awal Disember,” katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi penemuan 165 liter bahan kimia di Kajang, semalam.

Menurutnya, Sungai Semenyih dan Sungai Gong yang kerap mengalami pencemaran berjaya ditangani hasil tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Jabatan Alam Sekitar.

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 28 kes pencemaran air direkodkan dengan 10 kes pencemaran kod merah manakala 18 lagi kod kuning.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button