Ekonomi

Pengiktirafan tertinggi buat WTC Kuala Lumpur

BUAT julung kalinya Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur diiktiraf sebagai ‘Best International Business Event Branding’.

Pengumuman itu dikongsi oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan WTC Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasific, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Majlis penganugerahan ‘Malaysia Tourism Council Gold Awards 2021’ kata Irmohizam berlangsung semalam.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) di atas pengiktirafan ini.

“Alhamdulillah semua ini adalah hasil daripada usaha keras seluruh warga WTCKL yang saya amat hargai,” katanya.

Beliau berkata, “kita berhadapan dengan pelbagai cabaran selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19 dan ternyata kita sangat terkesan.

“Apa yang dicapai selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat luar biasa. Semoga kita semua dapat bersama-sama meraikan anugerah yang memberi semangat dan kembali lebih kuat dalam dunia pasca Covid-19,” jelasnya.

Beliau juga berharap adanya sinar harapan untuk industri MICE dan Acara Perniagaan (BE) pada tahun akan datang.

“Ini adalah satu kebanggaan dan menampilkan satu imej yang positif buat WTCKL kepada pemain industri MICE dan Acara Perniagaan di Malaysia dan peringkat antarabangsa serta boleh dijadikan sebagai rujukan kepada 320 rangkaian World Trade Centers Associations (WTCA),” katanya.

MTC adalah sebuah organisasi yang memberikan pelbagai perkhidmatan profesional yang berkualiti yang akan memberi manfaat yang baik kepada sektor pelancongan di Malaysia.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada semua pemenang dan teruskan konsisten untuk menaikan industri pelancongan di Malaysia,” kata Irmohizam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button