Nasional

Annuar rungkai kekeliruan aduan ditimbulkan Nurul Izzah

KENYATAAN yang diciap oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hanya menyiasat 963 daripada 15,238 aduan dalam talian sejak tahun 2016 sehingga 30 September tahun ini disangkal oleh Menterinya, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar dalam ciapan balas di Twiter berkata, kenyataan ini amat mengelirukan kerana memberi gambaran seolah-olah 14,275 aduan yang lain tidak dihiraukan.

“Saya lampirkan butiran terperinci yang menunjukkan tiada aduan yang kita abaikan.

“Tidak adil untuk hanya menyebut 6.3% dan tidak menerangkan 93.7% lagi,” katanya.

Annuar berkata, jenis tindakan yang diambil berdasarkan penilaian terhadap elemen kesalahan serta tuntutan yang dibuat oleh pengadu atau pihak yang terkesan.

Sebanyak 963 jumlah aduan atau 6.3% diterima, jelas Annuar, siasatan lanjut didapati melanggar peruntukan undang-undang di bawah AKM 1998.

“Jumlah aduan 685 atau peratusan aduan 4.5%, dirujuk kepada pihak penyedia platform media sosial untuk tindfakan lanjut berasaskan terma  dan syarat.

“Manakala 13,590 jumlah aduan atau bersamaan dengan 89.2% adalah nasihat dan panduan mengenai langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh pengadu,” ujar beliau. – SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button