Politik
Trending

Penghormatan kepada MIC jika tidak bertanding PRU-15 – Zainal

MIC dicadangkan supaya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang sebagai langkah memperkukuhkan kedudukan Perikatan Nasional.

Ini bagi memberi laluan kepada gabungan parti Melayu untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan memupuk semula perpaduan kaum dalam negara.

“Saya mencadangkan, ini besar sebab dari tahun 1995 lagi. Orang India jangan bertanding dalam pilihan raya nanti.

“Mereka ada parti MIC, ini parti kerajaan. Kuota mereka sebagai menteri (dalam kabinet) tetap ada kalau satu, satu kalau dua, dua. Timbalan pula berapa. Kita lantik senator.

“… dari dalam kalangan parti itu (MIC). Jika tidak bertanding, mereka pun tak perlu berkempen, jaga kawasan. Mereka boleh tumpu untuk membangunkan masyarakat India.

Related Articles
BACA > Pencemar mural Agong dilakukan dua wanita? — Suara Merdeka

“Mereka ada 10 peratus (anggaran) masyarakat dalam negara. Letak calon nanti Melayu macam mana hendak mengundi mereka.

“Kerana tidak ada kawasan yang peratusan mengundinya besar. Kesian juga kita, tetapi jangan dilupakan dalam kabinet mereka mesti ada.

“Jadi oleh kerana itu, mereka tetap sahaja menang (tanpa bertanding). Bagilah Senator, kemudian jadi menteri, setiausaha politik berapa… bahagi sahaja jawatan-jawatan itu.

“Orang-orang politik biarlah berjiwa besar, supaya apabila Melayu memimpin semula perlu dapatkan semula kepercayaan masyarakat India dan Cina.

Demikian kata bekas wakil rakyat UMNO, Datuk Zainal Abidin Sakom dalam satu temubual bersama wartawan Suara Merdeka baru-baru ini.

Menurutnya lagi, yang perlu bertanding adalah MCA melalui kawasan-kawasan yang majoriti pengundi Cina.

“MCA kenalah bertanding, di tempat Cina. Sebab dia wakil Cina, maka dia berlawan ditempat majoriti CIna.

BACA > Ubah, pinda akta, lindungi pengusaha pelancongan tempatan — Suara Merdeka

“Kalau dia hendak berlawan dan menang dekat Melayu. Apabila kita naik atas pentas ini, mari kita sokong sipolan ini untuk menang.

“Kemudian, orang sana kata, takkan kita hendak berketuakan orang Cina. Hati pun sakit, Cina pun sakit.

“Tetapi kalau Cina bertanding di tempat Cina, Melayu bertanding tempat Melayu, apa orang boleh cakap? Hanya barang kali orang menanggalkan seluar sahaja (dedah keburukan) kalau awak tak elok kan?,” jelasnya.

Tambah bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor ke-11, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib itu parti kerajaan berisiko sekiranya berlaku pecahan undi.

Ini bermakna, sekiranya calon MCA diletakkan di kawasan majoriti Melayu, ini akan diambil kesempatan oleh pihak lawan untuk meletakkan calon yang difikirkan sepatutnya bertanding.

“Jadi 60 peratus Melayu, bertanding lima orang Melayu, berapa peratus sorang itu boleh dapat? 10 ke 15 peratus, kalau yang handal bolehlah dapat 15. Habislah 60 peratus!

“Kalau 40 peratus (bukan Melayu) itu solid memberi sokonongan hah… DAP lah. Jadi hal-hal ini kena berbincang juga.

“Jadi dekat situ kita berjiwa besar, kita sayang dengan India (dan Cina). Tetapi kalau kita letak bertanding dekat situ, kalah, sayang apa namanya.

BACA > Soal kerusi: Pemimpin PN mesti berjiwa besar — Suara Merdeka

“Jadi kita sayangkan awak (India) tak payah bertanding, jadi Speaker, Senator dan diberikan kuota dalam kabinet,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button