JenayahNasionalNegeri

Penghantar kek ditahan berlakon jadi Pegawai Bukit Aman

SEORANG lelaki penghantar kek ditahan susulan memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan Bukit Aman dan mendakwa mahu menangkap seorang anggota polis atas alasan sekadar gurauan.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Balai Polis Tapah, di Padawan, Sarawak, dalam cubaanya membuat “prank” menghantar kek kepada seorang anggota di balai polis itu.

Ketua Polis Padawan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek pergi Balai Polis Tapah dengan memperkenalkan diri kepada pengadu (anggota bertugas) di balai terbabit sebagai “pegawai kanan polis dari Bukit Aman”.

Abang Zainal berkata, ketika berada di kaunter aduan, suspek turut memperkenalkan dirinya sebagai pegawai turus daripada Bukit Aman dan kedatangannya ke balai terbabit untuk menangkap pengadu.

“Suspek selepas itu berkata hendak keluar untuk mengambil fail dalam kenderaannya dan apabila masuk semula ke balai terbabit, suspek membawa sebiji kek dan menyatakan bahawa perbuatannya itu hanya ‘prank’.

“Kek yang dibawa suspek itu adalah daripada seorang pelanggan yang ditempah untuk diberikan kepada pengadu,” katanya menurut Utusan Borneo.

Abang Zainal berkata, perbuatan suspek itu telah melampaui batas dan rakan setugas pengadu memberikan amaran bahawa tindakan suspek adalah salah.

“Suspek sekali lagi memberitahu bahawa dia adalah seorang anggota polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching.

“Berikutan itu, pengadu dan rakan setugas membuat pemeriksaan lanjut ke atas dokumen suspek dan mendapati bahawa suspek adalah orang awam,” jelasnya sambil menambah, isteri suspek menjalankan perniagaan tempahan kek.

Katanya, suspek ditangkap dan ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan akan direman di Mahkamah Kuching, hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button