Politik

Pengerusi DAP Kelantan mohon maaf bangkitkan soalan peralihan kuasa PM

PENGERUSI DAP Kelantan yang baharu dilantik, Datuk Zaid Ibrahim memohon maaf kerana membangkitkan persoalan berkaitan peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri.

Zaid berkata, isu peralihan kuasa merupakan perkara yang sangat ingin diketahui oleh masyarakat, namun jika ia mendatangkan ‘tekanan’ dan tidak sopan, beliau memohon maaf.

“Maafkan saya  membangkitkan persoalan mengenai peralihan kuasa. Ianya adalah sesuatu yang masyarakat ingin tahu.

“Namun jika ia mendatangkan tekanan dan bersikap tidak sopan saya mesti meminta maaf. Saya tidak tahu peralihan kuasa akan berlaku selepas APEC. Saya juga tidak akan tanya bilakah selepas APEC,” kata Zaid di Twitternya.

Tarikh peralihan kuasa antara Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi topik hangat ketika ini.

Dua hari lalu, Mohamad menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya serta merka sekiranya Majlis Presiden Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) benar-benar mahukan beliau berbuat demikian.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bagaimanapun berpendapat tiada keperluan untuk Majlis Presiden PH bermesyuarat bagi menetapkan penyerahan kuasa.

Guan Eng berkata, Mahathir sudah menyatakan akan berundur daripada jawatan perdana menteri selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada November nanti.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 10 Januari meminta mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan datang membincangkan isu peralihan kuasa perdana menteri pada Mei ini.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata proses peralihan kuasa jawatan nombor satu negara dalam tempoh dua tahun selepas PH menjadi kerajaan perlu diperincikan bagi menjamin kelangsungan agenda gabungan itu.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada 10 Januari pula berkata, tarikh persaraan akan ditetapkan kepada Dr. Mahathir sekiranya beliau enggan memenuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun depan.

Rafizi Ramli dalam satu persidangan di Singapura berkata, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana rakyat Malaysia sudah hilang sabar dengan isu peralihan kuasa.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button