Nasional

Pengasas YouTube Kimchibudu Muhamad Khalid terima anugerah Kerajaan Korea

Muhamad Khalid pempengaruh media sosial menetap 14 tahun di Seoul

PENGASAS saluran YouTube Kimchibudu, Muhamad Khalid Ismail atau pempengaruh media sosial menerima anugerah Rakyat Kehormat Seoul dari Kerajaan Seoul.

Muhamad Khalid, influencer media sosial yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, menerima menghormatan itu berdasarkan saluran YouTube Kimchibudu yang diasasnya.

Muhamad Khalid menganggap penganugerahan itu sebagai satu penghormatan besar kepadanya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Seoul 14 tahun lalu dan menjadikan Korea Selatan sebagai kampung keduanya.

Menerusi satu catatan di akaun Facebooknya hari ini, beliau berpendapat, inilah penghormatan tertinggi yang pernah diterimanya daripada pihak kerajaan di Korea Selatan.

“Terima kasih Seoul kerana menghargai usaha saya dan isteri dalam menjadikan Seoul sebagai sebuah bandar raya global yang mesra Muslim dengan mengetengahkan pelancongan halal dan menjadi salah satu duta kecil yang menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan.

“Tambahan lagi tahun ini ulang tahun ke-60 hubungan diplomasi antara Malaysia-Korea Selatan,” catatnya. Beliau berkata, majlis penganugerahan sepatutnya disempurnakan pemangku Datuk Bandar Seoul pada 25 November lalu.

Namun terpaksa dibatalkan disebabkan kes Covid-19 yang naik secara mendadak di kawasan itu dan hanya sesi fotografi yang diadakan untuk penerima.

Muhamad Khalid yang kini menetap di Seoul turut memuat naik gambar beliau dan isteri menerima anugerah itu. Bagaimanapun, anugerah itu bukanlah bermaksud beliau menukar kewarganegaraan.

“Saya masih lagi warga Malaysia, Malaysia tanah airku,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button